? ??????????????Wild At Heart? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??0 Grabs Today. 1331 Total Grabs. ?????
?Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????Wild Love? ????? ?? ???Rating: 4.5 (4 Ratings)??0 Grabs Today. 3443 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, May 3, 2010

Family Day 2010 ditunda....

FD 2010 akan ditunda kepada tarikh yang akan diberitahu kelak.Keputusan telah diambil kerana terdapat beberapa event yang related dengan family kita akan berlangsung dalam bulan JUne ini.Oleh tarikhnya terlalu rapat dengan FD2010 maka majoriti diantara kita telah bersetuju untuk merehatkan acara ini .Keputusan ini telah diputuskan di majlis kenduri di rumah Alang seremban.Oleh itu pihak pengurusan memohon maaf di atas kesulitan di pihak anda semua.

Wednesday, March 31, 2010

FD2010 part 2

Setelah membuat beberapa tinjauan , kami mendapati usul yang diberikan sebelum ini kurang mendapat sambutan kerana beberapa faktor.

Jadi kami telahpun membuat langkah2 seterusnya bagi mengatasi masalah ini. Langkah awal yang kami ingin suarakan ialah mengadakan FD 2010 di tempat terdahulu seperti di Air Papan atau Leban Chondong.Langkah ini diambil kerana berdasarkan kepada rekod yang lepas ianya tidak melibatkan kos yang tinggi. Namun begitu, komen serta pandangan yang bernas amay kami alu-alukan

Monday, March 8, 2010

Collection For FD2010

Sepertimana kita bincangkan di meeting yang terdahulu, collection akan diserahkan/dikreditkan kepada cik Acim..
So :
Maybank
Acc No: 101543131713
Name: Khairulnisa Hashim...

P/s: Kalo telah melakukan transaksi sila beritahu kepada cik Acim..

Wednesday, February 17, 2010

Sebutharga...

Per: Pakej Sambutan Hari Keluarga di Balok Seaview Resort

“Selamat Sejahtera” dari kami semua di Balok Seaview Resort.
Terima kasih di atas pertanyaan sebutharga dari pihak tuan bagi menganjurkan sambutan Hari Keluarga di Balok Seaview Resort. 26100 Seberang Balok, Kuantan, Pahang. Berikut adalah sebutharga dan juga maklumat kemudahan yang diiperlukan untuk rujukan pihak tuan:-

Pakej A – Penginapan termasuk Kudapan
1. Tarikh : Pakej 3hari 2 malam
2. Jumlah Bilik : Minima 28 bilik untuk isian 90 peserta (3/4 sebilik ikut Penganjur)
3. Harga : Seperti berikut (Penginapan termasuk 6 kudapan)
i. RM110 seorang peserta dewasa
ii. RM85 seorang peserta kanak-kanak (4thn – 12thn)
(PERCUMA) > Minuman “Selamat Datang” pada hari check-in mula dari jam 2:00ptg
> BBQ (Campuran) pada malam pertama jam 07:30malam
> Sarapan pagi pada pagi hari kedua jam 07:30pagi
> Makan Tengahari pada tgh hari kedua jam 12:30tengahari
> Makan Malam (Buffet) pada malam kedua jam 07:30 malam
> Sarapan pagi pada pagi ketiga jam 07:30pagi
> Makan Tengahari pada tgh hari ketiga jam 12:30tengahari
(Pakej juga termasuk Karaoke pada malam BBQ di Dewan Lipis & juga
Sukaneka pada pagi hari Kedua di Resort)
4. Tambahan Tilam & Kelengkapan RM25 satu set semalam (sekiranya diperlukan)
5. Tambahan sarapan pagi Dewasa – RM10 seorang
Kanak2 – RM6 (4thn-12thn)
6. Maksima sebilik 4 orang sebilik

Pakej B – Penginapan / Kudapan Berasingan
1. Bilik Katil Bujang / Kelamin - RM120 sebilik termasuk sarapan untuk 2 orang
2. Bilik Famili Chalet - RM140 termasuk sarapan untuk 3 orang
3. BBQ - Seperti tertera di bawah
4. Makan Tengahari - > RM22 untuk dewasa
- RM18 untuk seorang kanak2 (4thn – 12thn)

KEMUDAHAN & AKTIVITI DI BALOK SEAVIEW RESORT
1. KEMUDAHAN PASARANA
BBQ
i. Kadar sewaan tapak & peralatan
Tapak BBQ, peralatan & letrik – RM60 Dari jam 8mlm – 11:00mlm
ii. Majlis BBQ diuruskan oleh pihak Resort sepenuhnya
a. Hidangan makanan laut & campuran RM30 seorang minima 40 orang
Makanan tambahan dalam pakej – nasi gorang kampong/cina, bihun goreng, jus
Sunquick dan buah-buahan tempatan.
c. Hidangan makanan laut, campuran & satay RM45 seorang minima 40 orang
2. AKTIVITI DI DALAM RESORT
Sukaneka (Keluarga/Organisasi/Kanak2)
Dianjur sepenuihnya oleh pihak Resort RM250 Had masa 2 jam
Jumlah permainan Maksima 8 permainan
Jumlah peserta Maksima 50 peserta
Tambahan permainan 1 permainan RM30
Minuman ringan semasa berlangsung sukaneka disediakan oleh pihak Resort–PERCUMA
Karaoke
Mulai jam 8malam – 11:00malam VCD & Operator Mesin Karaoke disediakan
Bayaran sebanyak RM300 untuk 3 jam

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT
Pengesahan
Adalah menjadi polisi Resort ini bahawa setiap pengesahan yang dilakukan hendaklah disertai dengan Surat Rasmi daripada pihak tuan/puan :
Senarai nama peserta dan pengajar adalah diperlukan utuk memudahkan kami membantu pihak puan dalam pengagihan bilik-bilik kepada peserta dan pengajar.

2. Pendahuluan (Advance Deposit)
Pembayaran pendahuluan sebanyak 50% dari kos keseluruhan adalah di perlukan semasa membuat pengesahan dan bakinya perlu dijelaskan semas mendaftar masuk ke Resort (Check-in).Sila berurusan dengn bahagian tempahan (Reservation) untuk membuat pembayaran deposit.Sekiranya terdapat perubahan kepada pengesahan yang telah dibuat,pihak puan hendaklah memaklumkan kepada kami sekurang-kurangnya 48 jam sebelum tempoh yang telah disahkan.Kegagalan untuk mematuhi syarat ini,maka caj sepenuhnya akan dikenakan kepada pihak puan. Pembayaran boleh disalurkan ke akaun kami : CIMB 040 1059 2068 520 (2 minggu sebelum berlangsung acara)

3. Pembatalan
Jika terdapat sebarang pembatalan,pihak kami berhak untuk mengenakan caj seperti berikut.
a. Jika berlaku pembatalan,notis bertulis hendaklah sampai kepada kami sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh yang disahkan maka tiada sebarng yuran pembatalan akan dikenakan.
b. Sekirnya notis bertulis diterima 14 hari dari tarikh yang disahkan,yuran pembatalan sebanyak 50% dari kos keseluruhan yang telah disahkan akan dikenakan;dan
c. Sekiranya notis bertulis diterima 7 hari dari tarikh yang disahkan, tiada pulangan wang deposit yang dibayar akan dibuat.
Kami percaya sebut harga kami memenuhi dan menepati keperluan tuan/puan.Sekiranya, pihak tuan/puan memerlukan keterangan yang lebih lanjut berkaitan perkara di atas, sila hubungi saya di talian telefon/fak 09-5833466 atau e-mel kami di balokseaview@yahoo.com ataupun boleh hubungi saya di talian 012-9324404.

“Layanan Yang Lebih Baik Untuk Anda Dari Kami”

Yang Benar
MOHD SHARIFF HASSAN
Pengurus Resort.




Pakej ini juga boleh diambil secara berasingan bergantung kepada keperluan kita malah kita dibenarkan juga menyediakan makanan kita sendiri .Pihak resort juga akan menyediakan dapur untuk kegunaan kita dengan kadar sewa yang berpatutan.

Justeru itu, kami berharap semua ahli yang ingin menyertai FD2010 dapat memberi pengesahan dengan kadar segera bagi memudahkan kami membuat tindakan susulan.Sekian TQ.

Tuesday, February 9, 2010

FD2010....

Setelah membuat tinjauan 2 hari di Cherating bersama BIGCHIK...kami telah memutuskan untuk menetapkan venue untuk FD2010 bertempat di Balok seaview and summer camp berdasarkan kepada :

1. Jumlah chalet yang sesuai iaitu 30 unit
2. Harga yang ekonomikal
3. Boleh masak sendiri dan dapur disediakan
4. ada swimming pool

Justeru itu, diminta semua warga 13familyties dapat mengesahkan penyertaan masing2 secepat mungkin, sebelum akhibulan ini untuk kita menempah tempat berkenaan.
Kerjasama anda amat kami hargai..

Friday, January 22, 2010

FD2010 1st meeting @ Port Dickson

FD2010 1st Meeting ini akan diadakan di Pantai Si Rusa, Port Dickson adalah bertujuan membentuk semula FD2010 commitee serta mencari idea-idea baru yang mapan.Selain itu juga ianya juga boleh dianggap sebagai mini FD2010 kerana kita akan berkelah di tepi pantai yang indah.Justeru itu, diharap semua dapat menghadirkan diri bagi memberi idea-idea bernas semasa kita mengadakan meeting tersebut.

Sunday, January 10, 2010

Family Day 2010

Family Day 2010 datang semula untuk menjadi kesinambungan dari epik2 yang lepas. Perancangan,venue dan pemilihan commitee masih lagi belum dibincangkan.Segala cadangan dan kritikan diutarakan akan diberi keutamaan dalam menjayakannya pada tahun ini.
Bagi tabung untuk family day ini juga akan mula dipungut pada Februari ini dan urusannya telah diserahkan pada Cik Hashim. (segala pertukaran atau pertanyaan masih lagi terbuka).
Namun begitu, segala cadangan amatlah dialu-alukan bagi memeriahkan lagi aktiviti ini