? ??????????????Wild At Heart? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??0 Grabs Today. 1331 Total Grabs. ?????
?Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????Wild Love? ????? ?? ???Rating: 4.5 (4 Ratings)??0 Grabs Today. 3443 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha



SELAMAT MEYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA......
Semoga semua di kalangan kita dapat menyambutnya dengan penuh kerahmatan dan diberkati olehNya.
Pada tahun ini, aku hanya menyambut dengan isteri aku sahaja kerana keadaan isteri aku yang kurang sihat . Mungkin di kalangan kita mengambil kesempatan ini untuk mengadakan pelbagai kenduri terutamanya Majlis Aqiqah, perkahwinan mahupun tahlil. Tambahan pula cuti kali agak panjang ditambah pula musim cuti sekolah, mungkin ada diantara kita mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman masing2 ataupun pergi bercuti bersama keluarga.
Apapun jua aktiviti yang dijalankan, aku berdoa semuanya berjalan dengan baik serta menikmati keseronokan di setiap aktiviti yang dijalankan

Saturday, September 26, 2009

Good Luck to Aneem

Sepupu kita, Tasneem telah pun berangkat ke Luar Negara bagi melanjutkan pelajaran tapi secara detailnya tak dapat lak aku ketahui...
Semoga beliau berjaya dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru

Thursday, September 10, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kepada semua warga KASSIM & CO...
Semoga kita dapat bergembira dan berjumpa di Hari raya pada tahun ini...

Saturday, September 5, 2009

Al- Fatihah kepada Allahyarham Busu Olin

Pada 3 September 2009 , Busu Olin yang dikasihi telah pulang ke Rahmatullah kira2 jam 6 petang waktu tempatan.Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang dikasihi Allah.

Tuesday, September 1, 2009

13Familyties Fund

Sekali lagi kita perlu membincangkan isu ini,kerana kita masih lagi menemui jalan buntu.Justeru itu, aku ingin membuat satu cadangan untuk kita semua fikirkan dengan sewajarnya.
Aku rasa 13ff ini perlu direncanakan oleh golongan belia muda yang aktif lagi cerdas sambil dipantau oleh golongan yang lebih berpengalaman. Manakala golongan emas , tidak perlu terlibat,di mana mereka2 ini kita sebagai VVIP yang perlu kita warnai di usia emas mereka ini.
Untuk memudahkan perjalanan ini,aku rasa pemegang amanah tabung ini perlu diseliakan oleh 2 orang yang aku rasa insan terpilih..hehehe...Kak suzie and Along a.k.a Manjarina.
Pemilihan ini berdasarkan usia mereka yang lebih matang dari kita semua tambahan mempunyai pengaruh yang bessar dalam family kita. Manakala Pengerusi untuk segala event selepas ini perlu di galas oleh Saudara KIKI a.k.a ........ontahlah...kerana bagi aku golongan seperti KIKI mampu memberi komitmen yang tinggi berbanding golongan aku ni yang sediakala mempunyai komitmen.Tambahan pula, golongan belia muda ini mempunyai idea yang cukup bernas dan berinovasi ....
Aku rasa kita perlu bergerak dengan lebih cepat memandangkan kita telah tergendala agak lama dari perasmian di Mersing...

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan al - Mubarak

Ramadhan al - Mubarak muncul kembali. Bulan yang penuh kemuliaan ini haruslah kita mengambil peluang untuk mendekatkan diri kita kepada Ilahi.
Semoga warga 13familyties tabah menjalani ibadah puasa.

Tuesday, July 14, 2009

Nenek Asmah sedang Sakit...

Pada weekend yang lepas 11 july 2009, nenek Asmah yang tinggal di Bukit Katil telah sakit dan telah dimasukkan hospital.
Oleh itu, sama2 lah kita memanjatkan Al-Fatihah kepadanya semoga meringankan sakit yang dialaminya.Amin

Monday, July 6, 2009

Selamat Pengantin Baru...Emi iLmar..

Selamat Pengantin Baru kepada Emi iLmar yang telah berjaya menamatkan zaman bujangnya pada 4 July 2009 dengan sekali percubaan..Tahniah....
Semoga jodoh ini berpanjangan sehingga ke akhir hayat..amin.
Di kesempatan ini juga aku ingin memohon maaf kerana tak dapat menghadirkan diri di majlis perkahwinan di Kuala Berang, Terengganu..atas sebab2 yang tak dapat dielakkan..

Sunday, June 28, 2009

Selamat Maju Jaya...

Selamat maju jaya kepada cousins2 yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT.Semoga kalian dapat mencapai satu lagi kejayaan dan menjadi kebanggaan kepada keluarga kita.

Saturday, June 13, 2009

13Familyties Fund

13Familyties Fund ini adalah salah satu cadangan yang telah diutarakan oleh BigChik semasa Family Gathering yang lepas dan telah mendapat tindakbalas positif dari ahli-ahli keluarga kita.13FtF ini adalah bertujuan untuk menampung segala perbelanjaan di masa hadapan untuk event-event keluarga kita nanti.Di akhir perbincangan tersebut, semua ahli telahpun bersetuju untuk memungut setiap induk hanya rm30 sahaja.
Sehubungan dengan itu,kita perlu mencadangkan siapa yang perlu mengendalikan akaun tersebut.Jadi sila buat cadangan......

Tuesday, June 9, 2009

THANKS A LOTS TO ALL

Terima kasih diucapakan kepada semua yang menjayakan family gathering ini.Untuk kali ini, aku berpendapat ianya boleh dianggap berjaya dan mendapat sambutan yang luar dugaan.
Oleh itu aku berharap di lain masa kita dapat menganjurkan majlis ini dengan lebih meriah lagi.
untuk melihat gambar2 di family day, boleh ler click kat add ni.....
http://picasaweb.google.com/huruharare78/FamilyGathering2009#

Monday, June 8, 2009

Wirawati Juara...

Wirawati a.k.a pasukan merah telah menjadi juara keseluruhan di family gathering yang ke-2 ini.Dengan dibarisi oleh tenaga muda dan veteran, pasukan merah dengan gah menerajui beberapa acara yang dipertandingkan.

Dengan semangat kerjasama yang tinggi, mereka dapat menjawab silangkata dengan tepat tanpa sebarang kesilapan.

Namun begitu, ucapan tahniah juga kepada pasukan lain yang juga menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi juga seperti wonderPets a.k.a biru dam Sume Boleh a.k.a Orange.

Tidak dilupakan juga kepada peserta terbaik kita..iaitu Pak Long,,yang akhirnya dapat jugak dia hadiah.

Tuesday, May 26, 2009

Family Gathering Meeting

Pada 25 May 2009, satu mesyuarat telah diadakan di rumah Bg.Chik yang menjuruskan kepada pengurusan event di family gathering kita nanti.




Ahli-ahli yang berjaya hadir:
· BgChik
· MrQurie
· Mr Anaz
· Pok Syam
· Wan
· Dayah
· Miss Noly
· Hafeezzzzzzz
Di akhir mesyuarat tersebut, kami telah sepakat untuk melaksanakan event mengikut minit meeting ini:
1st day
Para peserta tiba di Sri Tanjung Chalet, Mersing( dijangka semua peserta akan tiba pada 12 tghari)
Pembahagian peserta dalam pasukan mengikut cabutan yang dilakukan
1st Event time Lepas Asar
Sand Castle
Untuk kidz under 12 years old.

2nd Event time lepas dinner
Camp Fire
Dalam acara ini semua ahli pasukan dikehendaki menyertainya.Dalam acara ini, setiap pasukan diberikan satu kad jawapan dan perlu memberitahu ahli pasukannya melalui body language.


2nd Days
3rd Event time Lepas Breakfast
Tours de Penyabung lead by BgChik and Cik Acim

4th Event time Lepas Lunch
Treasure Hunt

Event ini adalah dikhususkan kepada VIP sahaja.
Antara displin yang perlu dilalui oleh peserta:
· Boling kelapa
· Lari Dalam guni/ kain pelikat
· Apollo 13
· Cari Harta dalam tepung

5th Event time Kul 6 ptg
Futsal pantai
Hanya 4 Pemain dan masa dalah 3 minit sahaja.

6th Event Time 6.45 ptg
Minum air Terbanyak
Peserta perlu minum sebanyak mungkin air dalam masa yang ditetapkan.

7th Event Dinner time
BBQ
Penyampaian Hadiah
Noly’s Show

3rd Days
Gotong royong membersihkan kawasan chalet.
Bersurai


FYI..
Warna- warna team telah ditetapkan.
· Orange
· Merah
· Biru

Thursday, May 14, 2009

proposal event

Aku dah shortlistkan beberapa event mengikut kategori..so.kita decide sama or any new idea bole forwardkan dalam comment:

VIP ( vEteran important person)
1.Boling Kelapa
2.treasure hunt ( lebih kurang dalam 15 soalan mudah dan berkaitan yang family kita)
3.silangkata
4.kopek kelapa
5. tarik tali

gila2 remaja
1.scrabble
2.futsal pantai
3.Kerusi muzik
4.cari syiling dalam tepung
5.minum air....
6.jangan lupa lirik


kidz
1.melukis
2.pecah belon
3.bawa bola pinGpong
4.lari dalam guni
5.fashion show

so korang bole vote then senang kita shortlis masa meeting..Tq..

Tuesday, May 12, 2009

Family Gathering

Family gathering ini akan diadakan pada 5,6 dan 7 June 2009 bertempat di Sri Tanjung Chalet , air papan MersinG Johor.
So, aku berharap all my relatives dapat menghadirkan diri untuk memeriahkan event ini bagi memantapkan lagi tali persaudaraan antara kita.
Segala kesulitan dan pertanyaan bole ler diforwardkan kepada abang Chik selaku pengerusi kepada event ini.Untuk pengetahuan semua, event ini telah diadakan pada tahun lepas yang bertempat di Leban Condong, Rompin.Jadi event ini adalah kesinambungan dari event yang lepas.Aku dan abang Chik berharap event ini dapat menjadi event tetap dalam kalendar family kita.
Selain itu, aku berharap kepada sepupu2 junior dapat mengambil bahagian untuk menjayakan event ini bagi mengalas kepada sepupu2 yang telah senior.
aku dan abang Chik akan mengadakan satu meeting untuk mengaturkan event2 menarik untuk dijayakan di sana..